Sambutan Hari Kor-Kadet Polis Kali Ke-47
Bismillahhirahhamnirrahim,
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera Dan Salam 1
Malaysia
Yang Berusaha,
Saudara / Saudari Pengerusi Majlis
Yang Dihormati,
Encik Muhammad Ikhwan Bin
Zainal
Penyelia Kokurikulum Pejabat
Pendidikan Daerah Gombak
Encik Hashim Wahdi Bin Ahmad
Shauki
Penyelia Kokurikulum Pejabat
Pendidikan Daerah Petaling Perdana
Encik Mazlan Bin Imam
Penyelia Kokurikulum Pejabat
Pendidikan Daerah Kuala Selangor
Pengetua-Pengetua Sekolah
Seterusnya Hadirin Yang Saya
Hormati Sekalian.
1. Alhamdulillah, Segala
Puji Dan Syukur
Dipanjatkan Ke Hadrat
Allah Swt Kerana Dengan
Limpah Kurnia Dan
Inayahnya, Kita Dapat
Sama-Sama Meraikan Sambutan Ulang
Tahun Penubuhan Pasukan
Kor Kadet Polis Yang Ke-47 Pada
Tahun Ini.
2. Bersempena Sambutan Ulang Tahun Pdrm
Yang Ke-210 Pada 25 Mac 2017 Yang
Lalu, Saya Mengambil
Kesempatan Ini Untuk
Mengucapkan Selamat
Menyambut Ulang Tahun
Peringatan Hari Polis
Yang Ke-210 Kepada Seluruh Warga
Kor Kadet Polis,
Yang Turut Sama
Menjadi Sebahagian Daripada
Keluarga Pdrm.
Sesuai Dengan
Kematangan Usia Penubuhannya, Pasukan Kor Kadet Polis Bukanlah Sekadar
Pasukan Beruniform Untuk
Mengisi Kegiatan Kokurikulum
Sekolah Menengah Semata-Mata. Malah
Pengisian Aktivitinya
Bertujuan Melahirkan Remaja
Yang Berdisiplin, Memupuk
Semangat Kerjasama, Saling Menghormati Dan Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara. Dalam Masa Yang Sama, Pasukan Kor Kadet Polis Turut Memberi Kefahaman Kepada Ahli-Ahlinya
Tentang Tugas-Tugas Kepolisan Dan Penguatkuasaan Undang-Undang, Serta Kepentingannya Kepada
Masyarakat.
3. Alhamdulillah, Peningkatan Jumlah Penyertaan
Ahli Pasukan Kor Kadet Polis Setiap Tahun Juga Amat Membanggakan. Sehingga 31
Januari 2017, Terdapat 116,702 Orang Pelajar Yang Telah Menjadi Ahli Kor Kadet
Polis. Jumlah Ini Jelas Menunjukkan Minat
Mendalam Golongan Remaja Sekolah Terhadap Pasukan Polis Diraja Malaysia
(Pdrm). Ini Sekaligus Membantu Memenuhi
Keperluan Kementerian Pendidikan Malaysia (Kpm) Yang Berkehendakkan Semua Pelajar
Sekolah Menjadi Ahli Badan Beruniform.
4. Kor
Kadet Polis Turut
Memainkan Peranan Penting
Sebagai Mata Dan Telinga Kepada Pihak
Pentadbir Sekolah Dan
Pdrm. Dengan Adanya Peranan Sebegini,
Ia Sedikit Sebanyak
Dapat Membantu Mencegah Perlakuan Jenayah Di Kalangan
Pelajar Sekolah Dalam Menyokong Peranan Pegawai Perhubungan Sekolah (Pps)
Daripada Warga Pdrm Yang Dilantik Bagi Setiap Sekolah.
5. Seiring Dengan Tema Sambutan Hari Polis
Pada Tahun Ini Iaitu “Polis Dan Masyarakat
Berpisah Tiada”, Maka Pdrm Juga
Berhasrat Untuk Menonjolkan
“Kehadiran” Kor Kadet
Polis Ini Di Mata
Masyarakat, Agar Ianya Tidak Sekadar Berfungsi Sebagai Persatuan Di Sekolah. Penambahan Program-Program
Kemasyarakatan Di Dalam Silibus Aktiviti Kor Kadet Polis, Berupaya Memupuk
Sikap Kebertanggungjawaban Terhadap Diri
Sendiri, Keluarga, Bangsa, Masyarakat Dan Negara.
6. Dalam
Keghairahan Kita Mengejar
Status Negara Maju, Kecanggihan Teknologi Serta
Kebebasan Penggunaan Media
Sosial Telah Menyingkap Satu Lagi
Ruang Lingkup Jenayah
Baru Di Kalangan
Remaja Hari Ini.
Tidak Dinafikan, Remaja Kini Memang Pintar, Tetapi Mereka Kurang Matang
Dalam Memahami Implikasi Aktiviti-Aktiviti Atas
Talian Tanpa Kawalan.
Akibatnya, Ramai Remaja Terjebak Dalam Aktiviti-Aktiviti Tidak Sihat
Seperti Jenayah Dan Juga Masalah Sosial. Contohnya, Pdrm Telah Mengesan Modus
Operandi Baru Sindiket Dadah
Yang Menggunakan Aplikasi
“Whatsapp” Dan “Wechat” Untuk
Menjual Dadah. Pelajar
Sekolah Pula Merupakan
Antara Pelanggan Aktif Yang
Dikesan Terlibat Dengan
Pembelian Dadah Melalui Atas Talian.
7. Lebih
Membimbangkan, Generasi Muda
Khasnya Pelajar Dikenalpasti Sebagai Kumpulan
Sasar Sindiket-Sindiket Dadah
Termasuklah Dijadikan
Sebagai ‘Runner’ Untuk Menjual Dadah,
Selain Mempengaruhi Mereka Menjadi Keldai Dadah Dan Sebagainya.
Dengan Upah Yang Tidak Seberapa, Pelajar
Sekolah Mudah Terpengaruh,
Tanpa Menyedari Bahawa
Mereka Telah Terlibat Dalam Aktiviti Sindiket Pengedaran Dadah.
8. Tahun
2015 Telah Mencatatkan
Sebanyak 439 Kes
Tangkapan Pelajar Sekolah Yang
Terlibat Dalam Kegiatan
Dadah. Angka Tersebut Meningkat Kepada 446 Kes Pada Tahun 2016.
Walaupun Pertambahan Tersebut Dilihat Kecil, Namun Ia Adalah Satu Permasalahan
Yang Membimbangkan. Pdrm Akan Terus Meningkatkan
Kerjasama Dengan Kpm
Dalam Menangani Jenayah Dadah Di
Kalangan Pelajar Sekolah. Kita Tidak Mahu Masa Hadapan Generasi Muda Di
Kalangan Pelajar Sekolah Kita Musnah, Disebabkan Najis Dadah.
9. Harapan
Saya Kepada Seluruh
Warga Kor Kadet
Polis, Manfaatkanlah
Penyertaan Dalam Kor
Kadet Ini Sebagai
Satu Wadah Yang
Dapat Mengangkat Disiplin Dan Jati Diri, Sebagai Pemimpin Masa Hadapan,
Sekaligus Menjadi ‘Role Model’ Kepada
Pelajar-Pelajar Lain.
10. Saya
Mengucapkan Setinggi-Tinggi Terima
Kasih Kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Para Pengetua, Guru-Guru,
Ibu Bapa Dan Ahli-Ahli Kor Kadet
Polis Serta Semua
Pihak Yang Telah
Bekerjasama Dan Sentiasa Memberi Sokongan
Kepada Program Atau
Aktiviti-Aktiviti Yang Dijalankan Oleh Kor Kadet Polis.
Sekian, Wabillahi
Taufik Walhidayah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
No comments:
Post a Comment