Kayuhan Ceria Bandar Puncak Alam 2.0
Bismillahhirahhamnirrahim,
Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh,
Salam
sejahtera dan salam 1 pasukan
Yang
berusaha,
saudara / saudari pengerusi majlis
Yang
dihormati,
(Nama
VVIP)
(Pangkat
VVIP)
(Nyatakan
Pangkat VIP-VIP lain yang hadir)
Contohnya:
Pengerusi
Persatuan Penduduk (Kawasan Mana)
Pengerusi
Kawasan Rumah Tetangga (KRT) (Kawasan mana)
Dan
lain-lain lagi
Seterusnya
hadirin yang saya hormati sekalian.
1. Terlebih dahulu saya ingin merafakkan
kesyukuran ke hadrat allah s.w.t kerana dengan izin-nya dapat kita bertemu di
program kayuhan ceria bandar pucak alam 2.0 sempena hari polis ke-210 di pagi
yang indah ini. Syabas dan tahniah saya ucapakan kepada jawatankuasa pengelola
kerana berjaya menganjurkan kejohanan ini. Pengelolaan ini adalah satu
pengiktirafan di atas kebolehan dan kemampuan penganjur untuk mengurus serta
mengendalikan satu acara sukan yang besar.
2. Saya juga ingin mengambil kesempatan
ini untuk merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada
semua yang turut hadir bagi menjayakan program kayuhan ceria bandar pucak alam
2.0 sempena hari polis ke-210 pada pagi ini. Saya yakin, kehadiran anda pada
pagi ini menunjukkan keprihatinan serta komitmen padu kita untuk sama-sama
menyemarakkan lagi semangat kesukanan di dalam diri kita.
Hadirin
yang dihormati
3. Tidak dapat dinafikan pada ketika ini,
sukan berbasikal adalah antara sukan yang paling digemari oleh ramai pihak.
Siri-siri kejayaan yang dicetuskan beberapa pelumba khususnya di sukan olimpik,
sukan asia dan kejohanan trek sedunia telah menjadi pemangkin untuk
menyemarakkan sukan berbasikal di negara ini.
4. Saya percaya, warga yang sihat, cergas
dan berdisiplin akan menyumbang kepada prestasi dan peningkatan produktiviti
untuk diri dan negara. Sudah tentu semua ini tidak terhasil seperti yang ‘bulat
datang bergolek yang pipih terbang melayang’ tetapi berkat kerja keras dan
usaha berterusan daripada semua pihak mampu memastikan tujuan dan kesepaduan
kita dapat direalisasikan.
Hadirin
yang dihormati
5. Saya yakin program kayuhan berbasikal
yang berlangsung kali ini mampu untuk memupuk semangat kerjasama serta
setiakawan dalam suasana yang penuh muhibbah di kalangan warga ipd sungai buloh
dan masyarakat di puncak alam. Program ini juga akan menjadi satu landasan
penting bagi semua pihak yang terlibat
untuk saling bermesra dan lebih mengenali antara satu sama lain. Sememangnya
tujuan ini amat baik dan dialu-alukan kerana adalah penting bagi semua pihak di
daerah sungai buloh dapat berfungsi sebagai sebuah pasukan yang mantap dan
bersatu padu dalam apa jua keadaan.
6. Sesungguhnya, kehadiran tuan-tuan dan
puan-puan dapat menyemarakkan lagi semangat berpasukan. Harus diingatkan bahawa
tanpa kerjasama erat dan kesepaduan daripada semua pihak, segala program yang
dirancang tidak akan berjaya mencapai matlamatnya.
7. Kepada semua peserta yang mengambil
bahagian gunalah kesempatan ini untuk saling berkenal-kenalan dan membina
jalinan kerjasama erat. Saya berdoa semoga program kayuhan ini akan berjalan
dengan meriah dan sempurna berlandaskan semangat kesukanan yang tulen.
8. Dengan lafaz
bismillahir-rahmanir-rahim, saya merasmikan kayuhan ceria bandar puncak alam
2.0 sempena hari polis ke-210.
Sekian, wabillahi taufik walhidayah
Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
AGB, Wynn casino open for business - JTA Hub
ReplyDeleteJT Hospitality is opening a new restaurant in Wynn 수원 출장마사지 Las Vegas. 군포 출장샵 AGB said the casino is opening 경상남도 출장마사지 a restaurant inside the 천안 출장마사지 Wynn Tower 경기도 출장마사지