Pertubuhan Kelab Kebajikan Polis Daerah
Bismillahhirahhamnirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam sejahtera, salam 1 malaysia dan salam 1 pasukan.
Yang berusaha,
Saudara / saudari pengerusi majlis
Yang dihormati,
(Nama penuh VVIP)
Merangkap naib yang dipertua kelab kebajikan polis daerah
Timbalan Ketua Polis Daerah (Pangkat VVIP)
Yang dihormati,
Ketua-ketua Bahagian,
Ketua-ketua Polis Balai,
Ahli jawatankuasa Kelab Kebajikan Polis Daerah
Tuan-tuan dan puan-puan.
Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,
1. Alhamdulillah,
bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya dapat kita bersama –sama
hadir pada majlis pertubuhan Kelab Kebajikan Polis Daerah pada pagi ini
sepertimana yang dirancangkan.
2. Semenjak
saya mengambil alih jawatan selaku Ketua Polis Daerah, antara perkara utama
yang saya tekankan adalah mengenai aspek kebajikan dan penglibatan aktif warga
kerja IPD dalam aktiviti-aktiviti sosial, sukan, rekreasi, pendidikan,
kebudayaan serta keagamaan. Penekanan dalam aspek tersebut adalah penting dalam
melahirkan warga kerja yang sentiasa ceria, aktif, bersemangat, berdisiplin dan
berfikiran positif. Nilai-nilai ini secara tidak langsung akan menjadi
pemangkin kepada kecemerlangan warga kerja IPD dalam menjalankan tugas
seharian.
Tuan-tuan dan puan-puan hadirin
sekalian,
3. Ketahuilah,
cabaran yang berbeza pada hari ini menuntut PDRM supaya berubah seiring dengan
peredaran zaman. Justeru itu, aspek kebajikan adalah penting dan disifatkan
sebagai releven pada masa kini. Penubuhan Kelab Kebajikan Polis Daerah difikirkan
sebagai sesuatu yang menjadi kemestian dan keperluan untuk menjaga dan membantu
warga kerja IPD khasnya dari aspek kebajikan.
4. Matlamat
penubuhan kelab kebajikan ini amat dititiberatkan dan merupakan asas kepada
kelab. Perkara ini memastikan kelab kebajikan polis daerah mengikut hala tuju
dan berada dilandasan yang betul dalam membantu warga kerja IPD. Apalah ertinya
penubuhan sesebuah kelab jika ia gagal memainkan peranannya. Jangan jadikan
sesebuah kelab seperti enau di dalam belukar, hanya melepaskan pucuk
masing-masing sedangkan nun jauh di hadapannya tersirat seribu satu macam
agenda yang belum diterokai. Tujuan/ matlamat penubuhan kelab kebajikan polis
daerah adalah :-
4.1. Mengukuhkan
ikatan muhibah dan kerjasama antara ahli
4.2. Menganjurkan
kegiatan sukan, rekreasi, sosial, kebajikan, pendidikan, kebudayaan dan
keagamaan di kalangan ahli
4.3. Memberi
bantuan/ sumbangan kepada ahli serta keluarga dalam aspek khairat, pendidikan
dan kebajikan
4.4. Menjalinkan
hubungan rapat di kalangan masyarakat setempat melalui aktiviti/ riadah
5. Kejayaan
sesebuah kelab bukan sahaja terletak kepada daya kepimpinan presidennya yang
dinamik serta karsimatik tetapi memerlukan sokongan yang padu dari kesemua
ahli-ahli yang menganggotai kelab tersebut. Seperti mana kata yang bijak bestari,
bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Selain dari sokongan yang padu
ahli-ahli kelab juga harus mempunyai perancangan yang jitu bagi merancang
keperlbagaian aktiviti sepanjang tahun. Apa yang menjadi sinonim kelab-kelab
yang sedia ada kegiatan yang dirancang amat cenderung kepada “seasonal
activities” atau kegiatan bermusim mengikut takwim. Apa yang membezakan
kejayaan sesebuah kelab dengan yang lain ialah idea yang “noble” dalam
merancang atau mengadakan suatu aktiviti yang bukan sahaja belum atau tidak
pernah diadakan malah ia juga mampu memberikan nilai tambahan baik kepada
keanggotaan ahli-ahlinya tetapi juga kepada masyarakat di sekelilingnya.
6. Di
samping penganjuran aktiviti-aktiviti sukan, reakreasi, sosial, kebajikan,
pendidikan, kebudayaan dan keagamaan, saya juga ingin melihat ahli jawatankuasa
kelab kebajikan polis daerah memainkan peranan secara lebih pro-aktif dalam
menggerakkan aktiviti-aktiviti kebajikan kepada ahli kelab kebajikan polis daerah yang ditimpa bencana
dan kesusahan. Dalam hal ini, saya berharap agar sumbangan yang diberikan ini
dibuat secara konsisten dan menyeluruh kepada setiap ahli yang berhak untuk
menerimanya. Sumbangan yang mungkin tidak seberapa nilainya ini sedikit
sebanyak akan membantu meringankan beban warga kerja IPD yang memerlukan
seterusnya akan membuat mereka lebih dihargai dan mewujudkan “sense of
belongging” terhadap pasukan.
8. Saya
berharap setiap ahli jawatankuasa dan ahli-ahli kelab memainkan peranan yang
proaktif dan dinamik dengan semangat penuh toleransi, saling hormat-menghormati
bekerja sebagai satu pasukan. Jangan biarkan budaya parasit meresap masuk di
dalam kelab kebajikan polis daerah. Jika parasit ini merebak dan tidak
ditangani dengan segera, ia akan menjadi duri dalam daging atau gunting dalam
lipatan dan lambat-laun kelab akan berkubur begitu sahaja bagai angin lalu.
9. Sebelum
mengakhiri ucapan pada pagi ini, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada
ahli jawatan kuasa program kerana telah bertungkus-lumus memastikan kelancaran
majlis kita pada pagi ini.
“bulat air kerana pembentung, bulat
manusia kerana muafakat”.
Sesungguhnya “muafakat itu membawa
berkat”.
Sekian, wabillahi taufik walhidayah
No comments:
Post a Comment