Saturday, 24 February 2018

Majlis Persaraan dan Pertukaran - Malam Jasa Mu Dikenang



Selamat petang, Salam sejahtera dan Salam 1 Pasukan

Yang berusaha
Saudara/saudari  pengacara majlis

Yang dihormati,
DSP Md Noor Aehwan Mohammad,
Timbalan Ketua Polis Daaerah Sungai Buloh.



Yang dihormati,
Semua Ketua Bahagian,
Semua Ketua Polis Balai,
Pegawai-pegawai Kanan dan
Hadirin yang dikasihi sekalian

1.          Bersyukur kita kepada kehadrat ilahi dengan izinnya dapat kita bersama-sama berkumpul dalam Majlis Persaraan dan Pertukaran bagi Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh yang akan menjalani persaraan wajib dan pertukaran ke tempat baharu yang lebih mencabar.

Hadirin sekalian,

2.          Majlis malam ini adalah penghargaan serta ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala khidmat bakti, pengorbanan dan komitmen yang telah Tuan-tuan dan Puan-puan curahkan dengan penuh dedikasi sepanjang tempoh Tuan-tuan dan Puan-puan di bawah pentadbiran IPD Sungai Buloh. Sesungguhnya khidmat bakti Tuan-tuan dan Puan-puan selama ini tiadalah boleh disamakan nilai dengan hanya sebuah majlis makan malam sahaja.

3.          Setiap perkara yang dirasai dalam mendukung amanah dan memikul tanggungjawab terhadap tugas menjadikannya satu kenangan yang tidak dapat kita lupakan. Begitulah ungkapan yang dapat kita luahkan setelah pelbagai halangan, dugaan dan cabaran ditempoh bersama.

Hadirin sekalian,

4.          Dalam satu tulisan karya agung Johann Paul iaitu penulis mashyur dari Jerman ada menyatakan bahawa “Man feelings are always purest and most glowing in the hour of meeting and farewell” Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat manis ketika bersama, pasti akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini kita semua berasa terharu kerana perpisahan dengan rakan-rakan sepasukan yang amat kita sayangi.


5.          Kepada yang menjalani persaraan wajib, tahniah diucapkan. Ini menunjukkan kecemerlang dan kesetiaan dalam kerjaya yang Tuan-tuan dan Puan-puan pilih. Dan kepada yang akan bertukar, tunjukkan komitmen, daya saing dan semangat berpasukan  yang tinggi di tempat baharu.
Walaupun suasana berbeza, amanah dan tanggungjawab yang kita pikul kepada negara dan masyarakat tetap sama.

6.          Akhir kata, saya dan seluruh warga IPD Sungai Buloh ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih di atas perkhidmatan, sumbangan serta komitmen yang telah diberikan sepanjang tempoh Tuan-tuan dan Puan-puan berkhidmat di bawah pentadbiran IPD Sungai Buloh.

Sekian, terima kasih.